Gray1120-kidneys.png

cara utk mengenali buah pinggang dan utk merawat n menjaga buah pinggang dari rosak

Saturday, 31 December 2011

DARAH MEMPUNYAI 6 FUNGSI UTAMA

  • membawa oksigen ke otakdgn lancar
  • membawa nutrient makanan ke seluruh organ dalaman
  • menstabilkan hormon dalaman badan
  • menyelaraskan sistem perkumuhan
  • menstabilkan suhu badan ke 37 c
  • menguatkan daya ketahanan badan
cuba anda bayangkan apa yg akan terjadi sekiranya  perjalan darah anda terganggu disebabkan plag2 lemak didalam salur darah????
  • adakah anda akan sihat seperti selalu???
  • adakah anda blh bergerak selincah selalu???
  • adakah anda blh mkn apa yg anda suka tanpa perlu fikir dahulu risikonya???
  • adakah anda blh berkerja kuat seperti selalu??? 
PERLUKAH ANDA PERLU MENCARI  JALAN PENYELESAIAN???
 
kami di aljabbar sentiasa mencari alternatif  rawatan utk membantu merawat  pelbagai penyakit kronik yg terlalu susah dikawal dikalangan rakyat malaysia yg mudah sgt mendapat penyakit yg mampu membunuh...mkin disebabkan kita tidak menitik beratkan tahap kesihatan diri sendiri...ataupon pemakan yg berbagai dan susah dikawal oleh diri sendiri...
persekitaran yg tercemar juga blh merangsang pelbagai jenis penyakit utk datang ke dalam badan kita...contoh asap kereta,lori,kilang semua mengeluarkan karbon yg blh melemahkan  sistem dalaman badan disebabkan cas-cas negatif badan dah ditukar kepada cas-cas positif yg dikeluarkan oleh asap kereta,kilang dan lori...
lama kelamaan badan kita terus jadi lemah  dan memudahkan virus datang menyerang utk membuatkan daya ketahanan badan dan sistem pertahanan badan lumpuh tmpa blh dikawal oleh organ2 lain...
 
APAKAH YG PERLU DILAKUKAN??? 
MESIN TERAPI ELEKTRIK STATIK LAH YG BLH MENBANTU ANDA KELUAR DARI PENYAKIT YG MENGHANTUI ANDA SABAN HARI...
 
AL JABBAR MEMPUNYAI 4 JENIS MESIN TERAPI..
  • DR JISM
  • mempunyai 5 fungsi utama
  •     high voltage/biological energy
umun utk segala jenis penyakit
bio elektrik utk mencaskan ion supaya lebih cepatutk mencairkan darah yg pekat dan membersikan saluran darah dgn getaran 60 kali sesaat
meyeimbangkan kadar ph dalam badan dan mengalkalikan darah dah dalam masa yg sama blh mencegah dari serangan kanser..(kanser hanya aktif dipersekitaran berasid)
meregenerasikan sel-sel yg rosak dan mati
meningkatkan kandungan ion kalsium dan mengurangkan penghakisan kalsium tulang....
cepat merawat penyakit stroke,kencing manis,darah tinggi,kolestrol tinggi dlm darah,pakinson,gout,masalah jantung,sakit buah pinggang,osteoporosis...
 
negative voltage
khas utk menenangkan sistem saraf,organ dan sebagainya
menanbah ion negatif dalam badan 100%
ut kulit yg kasar negatif voltage juga blh melembutkan kulit
meningkatkan daya ketahanan dan fungsi metabolisma da utk merehatkan badan setelah penat melakukan tugas harian
cepat memulihkan sakit kepala,stress,asma,lelah,semput,kulit sensitif,gastrik,sembelitusus,,paru2,isomania,migrain,kebas2,pakinson,resedung dan penyakit yg nerkaitan dgn sistem saraf...
 
low voltage
pencegahan utk anak2 kecil
meningkatkan iq dan menguatkan daya ingatan
mempercepatkan  pertumbuhan sel sel baru dan sel sel cacat
meningkatkan tindak balas badan
meningkatkan imunisasi badan
mempercepatkan metabolisma badan(sesuai pada waktu malam,sistem saraf kita dapat diselaraskan pada waktu malam)
utk mencegah penyakit dan utk memaintain kan kesihatan diri
mengurangkan tekanan,keletihan fizikal dan mental
pada pesakit anemia gelombang elektrostatik membantu menambahkan oksigen dan ion negatif pada sel2 darah merah sehingga menjadikan sel darah merah mejadi kuat
pada pesakit osteoporosis gelombang elektrostatik membantu menambahkan ion negatif dan kalsium kerana sel pada tulang cukup nutrisinya
melancarkan kadar protien serum
meningkatkan sodium kalsium dan kandungan bacaan globulin didalam saluran darah dan mengurangkan kandungan potassium...
 
light wave energy/dinamik energy
khas utk membakar lemak dan mengurangkan berat badan
mengaktifkan sel supaya cergas
mengurangakan  dan menghilangkan parut dan tanda2 dibadan dan blh memanaskan badan
melancarkan kapilari kapilari darah darah(saluran darah yg paling halus)
menambah n menguatkan kembali tenaga batin
cepat mengurangkan tahap kolestrol,lemah syawat,batu karang dan penyakit kronik...
 
negatif ionizer
meresap kedalam tubuh manusia melalui penafasan
membantu meningkatkan kesan2 terapi
meneutralkan ion positif dalam udara yg dihasilkan oleh barangan elektrik
sebagai vitamin melalui udara
boleh mengawal potensi penyembuhan sel
mengurangkan gelombang yg tidak normal di dalam otak(cthnya dari penggunaan telefon bimbit)
mengukuhkan otot jantung dan organ yg lain 
meningkatkan fungsi fungsi paru2 dan pelupusan karbon dioksida
         

Wednesday, 28 December 2011

promosi utk year and sale al jabbar

dgn pembelian mesin terapiu di aljabbar...anda layak menerima hadiah bernilai ratusan ringgit...utk pertanyaan hubungi ilmal di no 0177265280

Thursday, 18 August 2011

promosi bulan ramadhan

MESIN TERAPI FAMILY DR...apakah itu family dr??? family dr adalah mesin terapi berkonsepkan medan elektrostatik yg berasaskan mudah alih dan ringan dan mampu dimiliki semua golongan..ia mampu membantu merawat pelbagai jenis penyakit kronik yg berpunca daripada masalah saluran darah dan sistem saraf...ia juga dapat menjimatkan masa dan wang ringgit...utk harga promosi kami di aljabbar telah memberi potongan 50% diskaun...harga runtuh RM3999...utk peryanyaan blh hubungi sy konsaltant aljabbar healthcare...

Monday, 11 July 2011

Kegagalan buah pinggang

Secara umumnya, manusia mampu hidup normal dengan hanya satu buah pinggang, kerana setiap satu memiliki tisu renal berfungsi lebih dari yang diperlukan bagi terus hidup. Hanya apabila fungsi atau tisu buah pinggang menurun dengan banyaknya Sakit Buah Pinggang Kronik Tahap 5 akan terbentuk. Jika kadar penapisan glomerular (ukuran fungsi ginjal) jatuh amat rendah ( Sakit Buah Pinggang Kronik Tahap 5), atau jika kegagalan fungsi renal mendorong kepada simptom teruk, kemudian rawatan penggantian renal diindikasikan, sama ada melalui rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang.
Buah pinggang atau ginjal merupakan organ rumit yang memiliki pelbagai peranan biologi. Peranan utamanya adalah bagi mengekalkan imbangan homeostatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolit (seperti urea) dan galian dari darah dan menyingkirkannya, bersama air, sebagai kencing. Oleh kerana buah pinggang bersedia untuk mengesan kepekatan ion seperti sodium, potasium, hidrogen, oksigen, dan sebatian seperti asid amino, kreatinina, bikarbonat, dan glukos dalam plasma ia merupakan pengawal penting bagi tekanan darah, metabolite glukos, dan eritropoiesis (poiesis - di mana sel darah merah (eritrosit) dihasilkan).
Bidang perubatan yang mengkaji buah pinggang dan penyakit buah pinggang dikenali sebagai nefrologi.[1] Awalan nefro- bererti buah pinggang dari perkataan Yunani nephros (νεφρός); tambahan renal bererti berkait dengan buah pinggang dari perkataan Latin rēnēs, bererti buah pinggang.[2]

Penapisan darah

Darah memasuki buah pinggang melalui arteri renal dalam sinus renal. Ia berpecah kepada arteri bahagian (segmental arteries), yang kemudiannya berpecah lebih lanjut kepada arteri interlobar menembusi kapsul renal dan merentasi melalui kolum renal melalui piramid renal. Arteri interlobar kemudiannya membekalkan darah kepada arteri arcuate yang merentasi sempadan cortex dan medula. Each arteri arcuate membekalkan pelbagai arteri interlobar tambahan yang memuatkan ke dalam afferent arterioles untuk ditapis melalui nephron. Selepas penapisan berlaku darah bergerak melalui jaringan venules halus yang bertemu pada interlobar veins. Sebagaimana pengagihan arteriole, pengagihan urat menurut pola yang sama, interlobar membekalkan darah pada urat arcuate kemudian kembali kepada urat interlobar yang kemudiannya membentuk urat renal keluar dari buah pinggang.
Penapisan darah berlaku dalam nefron, yang terdapat dalam buah pinggang.

[sunting] Penyingkiran bahan kumuhan

Buah pinggang menyingkirkan pelbagai bahan perkumuhan yang dihasilkan melalui metabolisme, termasuk sisa bernitrogen: urea (dari katabolism protein) dan asid urik (daripada metabolik asid nukleik) dan air.

[sunting] Homeostasis

Buah pinggang merupakan salah satu dari organ utama terbabit dalam homeostasis keseluruhan tubuh. Antara fungsi homeostatiknya termasuk mengimbangi bes-asid, mengawal kepekatan elektrolit, mengawal isipadu darah, dan mengawal tekanan darah. Buah pinggang melaksanakan fungsi homeostatik ini secara bebas dan melalui koordinasi dengan organ lain, terutama bersama dengan sistem endokrin. Buah pinggang berhubung dengan organ ini melalui hormon yang dirembes ke dalam aliran darah.

[sunting] Mengimbangi bes-asid

Buah pinggang mengawal tahap pH darah dengan menyesuai aras ion H+, dirujuk sebagai penguat kepekatan ion galian, termasuk juga komposisi air dalam darah.

[sunting] Tekanan darah

Ion sodium dikawal dalam proses homeostatik yang membabitkan aldosteron yang meningkatkan penyerapan semula ion sodium dalam (distal convoluted tubules).

[sunting] Isipadu plasma

Sebarang peningkatan atau penurunan dalam osmolaliti plasma dikesan oleh hipotalamus, yang berhubung secara langsung dengan kelenjar pituitari posterior. Peningkatan dalam osmolaliti menyebabkan kelenjar merembes hormon antidiuretik, menyebabkan penyerapan air oleh buah pinggang dan peningkatan pada kepekatan kencing. Kedua faktor bekerjasama bagi memulih osmolaliti plasma kepada tahap normal.

[sunting] Rembesan hormon

Buah pinggang merembes pelbagai hormon. Eritropoietin dibebaskan sebagai tindak balas kepada tahap O2 rendah dalam kitaran renal (kencing). Ia merangsang penghasilan eritrosit dalam sum-sum tulang merah. Renin terbabit dalam pengawalan rembesan aldosteron melalui sistem renin-angiotensin-aldosteron. Calcitriol, bentuk aktif bagi vitamin D, merangsang penyerapan Ca2+ dari darah dan penyingkiran PO32-. Kesemua membantu peningkatan aras Ca2+.

Monday, 13 June 2011

Bahayanya diabetes...

beberapa
penyakit kencing manis yg tidak terkawal akan menyebabkan komplikasi termasuk meninggalkan parut pada hati yg juga dikenali sebagai sirosis hati atau kanser hati...
dalam satu penyelidikan sekumpulan pakar data pesakit memberitahu berdasarkan data pesakit berusia 35 tahun hingga 84 tahun selama 6 tahun mendapati satu dari empat pesakit kencing manis meninggal dunia kerana kanser hati...
ini bermakna 24% pesakit kencing manis dilaporkan meninggal dunia akibat kanser hati...berbanding 10% pesakit biasa...menurut kajian hati berlemak dan kencing manis berkaitan rapat dan blh membawa kepada kematian jika tidak dirawat atau dicegah dng cepat...antara faktor2 yg menyumbang kepada penyakit kencing manis ialah faktor pemakanan yg tidak sihat,faktor persekitaran n faktor kehiduypan seharian...tahap kolestrol dlm darah yg berlebihan jugak blh menyumbang kepada hati berlemak dan kencing manis....dgn ini kami di al jabbar mencari rawatan alternatif lain selain dari ubat2an utk menbantu merawat peyakit tersebut...
kami menggunakan mesin terapi yg berfungsi utk memecahkan lemak n kolestrol lm darah dan mengawal sistem saraf yg tidak terkawal...mesin ini menggunakan 9000v 60 getaran sesaat utk melancarkan perjalanan darah dah secara tidak langsung blh mebersihkan saluran darah dan darah dan mengeluarankan kolestrol dlm darah yg memyebabkan kan penyakit...utk keterangan lanjut sila hubungi ilmal...

Thursday, 9 June 2011

promosi mesin terapi al jabbar

promosi cuti sekolah..dapatkan mesin terapi al jabbar diharga yg murah sempena dgn cuti sekolah sekarang...pertanyaan blh hubungi sy di no berikut..0177265280..ilmal

Tuesday, 24 May 2011

sklerosis berbilang(MS)

mkin ramai yg tidak pernah dgr nama penyakit MS...malah penyakit ini antara yg jarang dibincangkan,malah dikalangan pengamal perubatan sendiri ada yg kurang tahu tentang penyakit ini...
bg perunding neurologi hospital kuala lumpur,DR SHANTI VISWANATHAN menasihatkan sesiapa yg mengalami gejala seperti kebas,pandangan kabur,atau berganda,pertuturan menjadi perlahan dan tidak jelas kerap lupa,pengecutan otot tidak terkawal dan pergerakkan tidak dpt dikawl n mudah penat...
MS adal;ah penyakit neurolo kronik yg membabitkan sistem saraf pusat,khususnya otak saraf tunjang dansaraf optik..ia menjejaskan sel saraf (neuron),sel otak, dan saraf tunjang g membawa maklumat, membentuk fikiran dan persepsi serta membebarkan otak mengawal pergerakkan badan..neuron ini sebenarnya diselaputi satu lapisan yg berlemak yg dikenali sebagai mielin utk melindunginya dab nenbawa isyarat elektrik kepada otak..
dlm kes (MS) sistem imunisasi menyerang lapisan mielin ini memyebabkan saraf*luka* dan rosak sehingga menimbulkan pelbagai gejala bergantung kepada isyarat mana yg terganggu...
bg pesakit yg mengalami penyakit ini dia akan mengalami masalah kebas,hilang sensitiviti deria sentuh atau penglihatan terganggu..
ANTARA GEJALA MS...
>saraf tengah>penat,gangguan kognitif seperti sukar menjalankan dua atau tiga tugas dlm satu masa,maswalah mematuhi arahan terperinci,hilang ingatan jangka pendek dah emosi tidak stabil...>penglihatan>imej dilihat kelihatan berganda,pergerakkan mata yg pantas diluar kawalan,neuritis optik(s,mengurangakit saraf mata) seperti pandangan kabur,mata sakit,hilang warna dan buta..>percakapan>percakapan menjadi tidak terang
>tekak>disfaggia(sukar menelan makanan dan minuman
>muskuloskeletal>lemah,pengecutan otot tidak terkawal 
mesin terapi elaktrostatik dapat membantu merawat penyakit berkaitan dgn sistem saraf
saraf terjejas kerana bio elektrik dlm badan tidak mencukupi....
cas2 negative dapat dicas dgn mengunakankan terapi elektrostatik dgn mengunakan fungsi high voltage atau negative voltage...
apabila cas2 negatiive berkurangan,ia akan menbuatkan sel2 didalam tyubuh menjadoi sakit dan akan menganggu sistem saraf..
dgn terapi 9000v terapi elektrostatik mampu membekalkan kembali cas2 negative dan membantu menyembuhkan kembali sel2 yg rosak dan secara tidak langsung sistem saraf menjadi sihat...
mesin terapi elektrostatik jugak dapat meningkatkan atau mengekalkan kekuatan otot,mengurangkan keletihann,meningkatkan tahap tenaga dan daya ketahanan badan,meningkatkan kawalan pundi kencing dan usus,mengurangkan rasa tertekan atau murung dan melindungi tulang......

Friday, 20 May 2011

MENGENAL GINJAL DAN PENYAKIT-PENYAKIT GINJAL
Apa dia Ginjal ?
Ianya adalah sepasang organ kembar terletak sebelah menyebelah menyebelah  tulagn belakang bawah sedikit  kepada rangka tulnag rusuk. Ianya menjalankan fungsi terpenting seperti berikut :-
1)                  membersihkan bahan dan cecair berlebihan dari dalan darah
2)                  menapis darah, menyimpan setengah-setengah kompaun dan        membuangkan yang lain
3)                  menolong memperbetulkan tekanan darah, menentukan bilangan sel darah dan kesihatan tulang-tulang
 Apakah yang akan terjadi apabila Ginjal musnah ?
Badan tidak berupaya menolak keluar air secukupnya, garam dan lain-lain bahan. Jumlah air di dalam badan bertambah dan tisu-tisu membengkak (OEDEMA). Persebatian cecair dalam badan berubah dengan pesat sehingga menjadikan ia begitu abnormal dan kematian akan berlaku kecuali jika pengubatan secara ‘dialisis dijalankan’
Apakah penyakit-penyakit ginjal ?
Penyakit ginjal tidak hanya satu jenis. Bahkan terdapat berbagai-bagai penyakit yang berbeza mengikut kompenan ginjal yang terlibat. Penyakit ginjal termasuk :-
  1. infeksi saluran kencing
  2. saluran kencing tersenkat, misalnya batu dalan ginjal, cysts dan lain-lain
  3. tekanan darah tinggi (hypertension)
  4. Glomerulonephritis
  5. Nephrosis
  6. Lain-lain, misalnya kencing manis, kerosakan akibat kimia toksik tertentu seperti dadah dan lain-lain.
Tanda- tanda amaran penyakit ginjal
  1. kepedihan atau kesulitan semasa buang air kencing
  2. kerap membuang air kencing terutama pada waktu malam
  3. mengeluarkan kencing berdarah
  4. bengkak sekeliling mata, bengkak tangan dan kaki terutama di kalangan kanak-kanak
  5. kesakitan sebahagian belakang, sedikit ke bawah dari tulang rusuk (tidak disebabkan oleh gerakan)
  6. tekanan darah tinggi.
Jika  terdapat tanda-tanda ini minta nasihat doktor anda. Setengah penyakit ginjal menyerang tanpa apa-apa tanda, oleh itu pastikan kencing anda diperiksa tiap-tiap tahun.
MENGENAI BATU KARANG (BUAH PINGGANG) DALAM GINJAL
Apa dia Batu karang dalam Ginjal?
Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia.
Saiz batu karang ini ada yang halus  seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar.
Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera.
Adakah batu dalam ginjal penyakit biasa ?
Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing. Adalah dianggarkan bahawa satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk akan mengalami kejadian batu dalam ginjal ini pada sesuatu ketika dalam hidupnya.
Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan tidak berulang lagi. Dalam kebanyakkan kes batu dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Biasanya orang lelaki pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini dari kaum wanita.
Ada diantara penyakit batu karang ini disebabkan oleh zuriat keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit ini di kalangan anda, mintalah nasihat daripada doktor anda.
Apakah tanda-tandanya ?
Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat \akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar.
Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera.
Bagaimana batu dalam ginjal itu diubati ?
Pengubatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan seseuatu kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka pengubatannya ialah dengan mengelakkannya dari berlaku lagi. Dalam hal ini pesakit akan disuruh minum air dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan dapat membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga akan diubahsuai bagi mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian. Kajian ini perlu untuk para doktor bagi menentukan sebab musabab terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan pengubatan bagi mengelakkan berulang lagi penyakit ini.
Pengubatan telah berjaya didapati untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, suatu pembedahan adalah perlu.
Adalah penting diigati bahawa penyakit ginjal ini memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, maka ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.
KENCING BERCAMPUR DENGAN DARAH
Kencing Berdarah
Samaada sakit atau tidak
Samaada kencing berdarah itu pekat atau tidak
Samaada kencing berdarah itu berlaku sekejap-sekejap atau berterusan semasa kencing
Samaada kencing berdarah itu mempunyai darah beku atau tidak
Samaada kencing berdarah itu berlaku pertama kalinya ataupun sudah beberapa kali. Adalah penting perkara ini disiasat.
Jangan biarkan ianya berulang, barulah hendak berjumpa doktor
Apakah perkara ini serius ?
Ya, ada kemungkinan telah berlaku kerosakan serius didalam buah pinggang atau pundi-pundi kencing dan amatlah mustahak ujian-ujian dan pemeriksaan dilakukan secepat mungkin. Disebaliknya pula, ia mungkin satu jenis jangkitan yang hanya perlu dirawat dengan antibiotik sahaja.
Apakah yang doktor anda akan lakukan ?
Mula-mula ia akan bertanya anda samaada terdapat gejala-gejala seperti sakit atau susah semasa kencing. Selepas itu ia akan melakukan satu pemeriksaan fizikal yang sempurna. Satu contoh air kencing akan diperiksa dan ujian lanjut perlu diadakan berdasarkan perubahan-perubahan yang terdapat pada contoh air kencing itu.
Apa yang berlaku selepas ini ?
Sekiranya doktor anda berpendapat bahawa ujian-ujian tambahan perlu diadakan maka salah satu daripadanya adalah mengambil Xray buah pinggang dan pundi-pundi kencing anda. Ujian ini dikenali sebagai Intravenous Pyelogram atau Urogram (IVP atau IVU). Sekiranya ia mengesyaki yang pendarahan berlaku dalam pundi-pundi kencing anda satu pemeriksaan Cystoscopy perlu diadakan. Ini dilakukan dengan menggunakan satu alat khas untuk melihat ke dalam pundi-pundi kencing, biasanya pesakit akan dibius menggunakan gas. Sekiranya doktor anda mengesyaki ada pendarahan berlaku dalam unit-unit penapisan microscopic buah pinggang, sedikit ‘tisu’ buah pinggang adalah perlu diambil dengan menggunakan jarum khas (kidney Biopsy) untuk menentukan diagnosa keadaan ini.
Sila ambil Perhatian:
Sekiranya anda mengalami kencing berdarah, dapatkanlah nasihat doktor secepat mungkin dan ikutilah segala nasihat-nasihatnya.
INFEKSI SALURAN KENCING
Infeksi saluran kencing
Ini adalah satu masalah yang paling kerap dirawat oleh para doktor. Infeksi saluran kencing boleh digelar ‘infeksi’ pundi-pundi (cystitis”)jika bacteria terdapat di pundi-pundi atau infeksi ginjal (pyelonephritis) jika bacteria terdapat di ginjal (buah pinggang)
Tanda-tanda amaran penyakit infeksi saluran kencing
Kanak-kanak yang kencing di masa dalam tidur
Buang air kencing dengan kerap
Sakit dan rasa pedih ketika buang air kencing
Demam dan rasa seram sejuk
Sakit atau lenguh di belakang dibawah tulang rusuk
Apabila ragu-ragu minta nasihat doktor
Fakta-fakta berkaitan dengan infeksi saluran kencing
Kanak-kanak perempuan lebih kerap mendapat infeksi saluran kencing- lebih kurang 80 kali ganda- dari kanak-kanak lelaki
Kemungkinan seorang kanak-kanak lelaki yang mengidap infeksi saluran kencing mempunyai saluran kencing yang luar biasa (abnormal) adalah besar. Setengah dari kanak-kanak perempuan yang mengidap infeksi saluran air kencing juga  mempunyai saluran kencing yang luar biasa (abnormal)
Kanak-kanak yang menunjukkan tanda-tanda infeksi saluran kencing mesti dibawa ke doktor untuk pemeriksaan selanjutnya. Kebanyakkan kerosakan ginjal akibat infeksi di masa kanak-kanak. Infeksi saluran kencing adalah salah satu sebab penting mengakibatkan kerosakan tetap ginjal bagi kanak-kanak. Walaubagaimanapun, infeksi saluran kencing bagi pesakit yang mempunyai saluran kencing yang biasa jarang sekali membawa kerosakan ginjal.
Pengubatan infeksi saluran kencing
Ubat antibiotik selalunya diberi dengan berkesan. Ubat-ubat juga diberi untuk mengurangkan sakit dan kerap kencing. Kepada kebiasaannya doktor akan memeriksa anda sekali lagi untuk menentukan yang infeksi telah dirawat dengan sempurna. Pemeriksaan selanjutnya mungkin dikehendaki terutama bagi kanak-kanak dan apabila saluran kencing disyaki tidak normal.
TEKANAN DARAH TINGGI DAN (BUAH PINGGANG) GINJAL ANDA
Tekanan darah tinggi dan ginjal anda
Tekanan darah tinggi atau ‘Hypertension’ menyerang 10-20% penduduk. Sesiapa pun boleh mendapat tekanan darah tinggi akan tetapi fakta risiko yang tinggi ialah berat badan berlebihan, keturunan, merokok, ketegangan hidup (stress) dan juga umur melebihi 50 tahun. Tekanan darah tinggi dan ginjal juga mempunyai hubungan yang arkab kerana tekanan darah tinggi boleh menyebabkan masalah ginjal dan masalah ginjal boleh menyebabkan tekanan darah tinggi
Banyak penyakit-penyakit lain misalnya kencing manis juga menyebabkan tekanan darah tinggi. Bagaimanapun, dalam 90% kes, tidak ada sebab dikenal pasti dan orang-orang ini dikira mempunyai tekanan darah tinggi tanpa sebab ( "primary" atau "Essential" Hypertension ).
Apakah tanda-tanda tekanan darah tinggi ?
Tekanan darah tinggi ialah penyakit tersembunyi. Biasanya tidak terdapat tanda-tanda. Jarang-jarang, setengah dari mereka yang mengidapnya merungut mengenai sakit kepala, hidung berdarah atau sesak nafas. Hanya satu cara untuk ada mengetahui samada tekanan darah anda melebihi ialah dengan mendapatkan doktor memeriksa tekanan darah anda
Kenapakan takanan darah tinggi begitu bahaya ?
Jika tekanan darah tinggi dibiarkan tanpa dikawal, ianya boleh merosakkan organ-organ penting seperti jantung, otak dan ginjal. Ia menyerang jantung dengan menyebabkan sakit jantung dan lemah jantung. Tekanan darah tinggi adalah sebab utama membawa kepada penyakit lumpuh sebelah badan atau ‘stroke’.
Syarikat-syarikat insuran telah membuat penyelidikan mengenai hubungan tekanan darah tinggi dan jangka usia. Penyelidikan mereka menunjukkan bahawa tekanan darah tinggi juga boleh memendekkan umur anda beberapa tahun.
Apakah kesan yang diberikan oleh ‘Hypertension’ terhadap ginjal ?
 Tekanan darah tinggi di dalam saluran darah dalam ginjal menyebabkan ianya mengental dan keras. Ini mengurangkan bekalan darah kepada ginjal, mengakibatkan kekurangan kecekapannya. Ini akan membawa kepada keadaan dimana garam dan cecair berlebihan di dalam badan. Cecair berlebihan ini menjadikan satu beban kepada jantung.
Jika tekanan darah tinggi tidak dikawal dengan pengubatan, kerosakan dan akhirnya kemusnahan ginjal akan berlaku
Apakah yang dapat saya buat mengenai tekanan darah tinggi ?
Mula-mula, minta doktor memeriksa tekanan darah anda. Sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi, doktor anda akan memberikan jenis ubat yang sewajarnya. Kadang-kadang beberapa jenis ubat diperlukan bagi mengawal tekanan darah anda. Adalah sangat penting bagi anda memakan ubat sepertimana yang disuruh. Dalam banyak kes anda dikehendaki memakan ubat sepanjang hayat.
Apakah doktor akan menyuruh saya membuat yang lain-lain lagi ?
Mungkin anda terpaksa menerima perubahan di dalam cara hidup anda. Doktor mungkin mencadangkan supaya anda mengurangkan berat badan, kurangkan memakan garam, kurangkan ketegangan, berhenti merokok dan bersenam selalu.
Anda dan doktor anda perlu bekerjasama untuk mengawal tekanan darah anda ?
Ingat : kebanyakan jenis tekanan darah tinggi boleh diubati dengan jayanya. Pengesahan awal dan patuh kepada pengubatan jangka panjang adalah kunci kepada hidup sihat dan panjang umur dengan mengelakkan kemusnahan ginjal, lemah jantung dan ‘stroke’.
ENAM TANDA-TANDA AWAL SAKIT BUAH PINGGANG
  1. sakit atau susah bila kencing
  2. kencing lebih kerap terutama di sebelah malam
  3. kencing yang bercampur dengan darah
  4. bengkak disekeliling kedua-dua mata, tangan dan kaki terutama bila berlaku pada kanak-kanak
  5. sakit disebelah buah pinggang (tiada kaitan dengan buah pinggang)
  6. tekanan darah tinggi

Yayasan Kebangsaan Buah Pinggang Malaysia